DALAM buku yang berjudul
“Alam Jin Menurut Al Qur’an dan As Sunnah ” , Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat
menjelaskan sepuluh perkara tentang alam jin menurut Al Qur’an dan Sunnah.
PERTAMA
Jin dikenakan taklif
(kewajiban ) seperti halnya manusia. Dalilnya ayat Al Qur’an (yang ertinya) :
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku.” (Adz Dzaariyaat: 56)
KEDUA
Jin ada yang mukmin dan ada
juga yang kafir. Dalilnya ayat Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan sesungguhnya di
antara kami ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak
demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza .” ( Al Jin: 11)
Berkata Ust. Abdul Hakim :
“Ada yang mukmin pengikut tariqah ahlus sunnah wal jama’ah menurut pemahaman
salafush shalih, ada yang mukmin pengikut mu’tazilah dan ada yang mukmin
pengikut ahlul bid’ah lainnya . (hal 19)
KETIGA
Jin itu diciptakan lebih
dahulu daripada manusia. Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia (Adam ) dari tanah liat kering (yang berasal)
dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum
(Adam) dari api yang sangat panas. (Al Hijr : 26-27 )
KEEMPAT
Jin adalah satu bangsa yang
besar dan terbahagi-bahagi, sehingga Iblis termasuk salah satu bangsa jin.
Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya): “Dan ( ingatlah ) ketika Kami berfirman
kepada para malaikat, ” Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka
kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka dia mendurhakai perintah
Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai
pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu ? Amat buruklah Iblis
itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim. ” (Al Kahfi :
50)
KELIMA
Manusia lebih mulia daripada
jin. Dalilnya adalah Al Qur’an (yang ertinya) : “Dan ( ingatlah ) ketika Kami
berfirman kepada para malaikat, ” Sujudlah kamu kepada Adam ,” maka sujudlah
mereka kecuali Iblis ; dia enggan dan takabur dan adalah dia termasuk golongan
orang-orang yang kafir. ” (Al Baqarah : 34)
Berkata Ust. Abdul Hakim ,
“Oleh kerana itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka
dia membuat jin semakin sombong, takabur, dan besar kepala. ” ( Hal. 24)
KEENAM
Jin, termasuk Iblis beserta
kaumnya tidak boleh dilihat oleh mata kepala kita, manusia tidak boleh melihat
jin (dalam rupa aslinya). Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya): “Hai anak Adam,
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah
mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya
pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan
pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh
melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al A’raaf: 27)
KETUJUH
Manusia itu dapat dirasuki
oleh jin, dengan kata lain “kerasukan”. Dalilnya adalah Al Qur’an Surat Al
Baqarah: 275 (yang ertinya): “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak
dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan
lantaran (tekanan) penyakit gila.” (Al-Baqarah: 275)
KELAPAN
Bahawa jin atau syaitan itu
ada yang lelaki dan ada yang perempuan dan mereka sama dengan kita, kahwin dan
bercampur antara lelaki dan perempuan. Dalilnya Al Qur’an (yang ertinya): “Dan
bahawasannya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa lelaki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa
dan kesalahan.” (Al Jin: 6)
Juga hadits yang merupakan
do’a yang kita baca ketika masuk tandas (yang ertinya): “Ya Allah aku
berlindung kepada Mu dari jin yang lelaki dan yang perempuan”.
KESEMBILAN
Bangsa jin itu juga makan
seperti kita, hanya saja makanannya tidak sama dengan makanan kita dan
adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana syaitan mencuri makanan zakat
dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
untuk menjaganya.
Pada nota kaki-nya
disebutkan makanan jin diantaranya adalah tulang dan kotoran, makanan manusia
yang tidak menyebut nama Allah, dan minuman yang terlarang.
KESEPULUH
Syaitan juga bermalam dan
bertempat tinggal, ada kalanya mereka tinggal di rumah-rumah kita. Untuk itulah
perlu membaca do’a ketika masuk rumah agar syaitan tidak bermalam di rumah
kita. Dalilnya adalah hadits dalam Shahih Muslim no. 2018 (yang ertinya): “Bila
seseorang masuk rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika
makan, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Tidak ada penginapan bagi
kamu dan tidak ada makanan malam bagi kamu. Jika seseorang itu masuk rumahnya
dan tidak menyebut nama Allah, maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu
mendapat penginapan. Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika makan,
maka syaitan berkata (kepada kumpulannya): Kamu akan mendapat penginapan dan
makanan untuk malam.”
Maraknya tayangan-tayangan
tentang jin di media hanya memasyhurkan syaitan. Yang berakibat semakin
membesarkan dan mengagungkan Iblis dengan penuh rasa takut. Oleh kerana itu
buku ini perlu sekali dibaca dan difahami oleh kaum muslimin. Agar kaum
muslimin memahami permasalahan tentang alam jin sesuai Al Qur’an dan Sunnah
menurut pemahaman para shahabat.
Secara khususnya, buku yang
ditulis oleh Ustadz Abdul Hakim ini membantah buku yang telah terbit suatu
ketika dahulu yang ditulis oleh seorang wartawan Mesir, dengan judul terjemahan
Indonesia “Dialog dengan Jin Muslim”. Wartawan Mesir yang bernama Muhammad Isa
Dawud ini mengambil semua khabar untuk bukunya dari Jin Muslim sahabatnya. Yang
berakibat mematahkan argumentasi ilmiah dalam beragama, dengan hanya merujuk
dari perkataan Jin Muslim sahabatnya itu. Salah satu contohnya adalah penetapan
suatu hadits itu sah atau tidak dengan hanya merujuk pada perkataan Jin Muslim
sahabatnya itu.
“ Jin itu ada tiga golongan.
Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ),
satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada
yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah.” [Hadits Riwayat al-Hakim
di dalam al-Mustadrak]
“Allah S.w.t menciptakan jin
tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian
yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.” [Hadits dari riwayat oleh Abi
Darda’ r.a]

No comments:
Post a Comment